Bercerai kerana masalah mati pucuk

Siapa yang tidak terpikat dengan Melisa, wanita cantik penuh sopan. Sungguhpun Rizal tidak pernah bercadang untuk mempunyai teman wanita di kala kerjayanya berada di puncak, namun wajah dan liuk lenggok tubuh Melisa menawan hatinya. Rizal tidak bertepuk sebelah tangan apabila Melisa juga berperasaan yang sama.

Sungguhpun ramai yang cuba memikat Melisa namun begitu Rizal yang berjaya menawan hatinya. Ramai juga yang kecewa apabila melihat Rizal mula berpasangan dengan Melisa. Awalnya Rizal tidak berhasrat bercadang untuk mendirikan rumah tangga dengan mana-mana wanita pun. Semuanya gara-gara ‘sakit tuan’ yang dihidapi. Dia tidak fi kir akan bahagia dengan mana-mana wanita dengan penyakit yang dialami. Bukan Rizal tidak pernah bermimpi untuk mempunyai keluarga sendiri, namun begitu dia tidak yakin dapat merealisasikannya.

Setiap hari Melisa memujuk dan mendesak Rizal berkahwin dengannya. Jika tidak ada sebarang keputusan, Melisa mengancam akan berpisah dan mencari lelaki lain. Keadaan ini membuatkan Rizal takut. Dia begitu sayangkan Melisa, segala cintanya ditumpahkan kepada wanita itu. Setelah berfi kir masak-masak dan mendapat nasihat daripada doktor, Rizal akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Melisa. Sesungguhnya Melisa tidak pernah mengetahui akan ‘kekurangan’ pemuda pilihannya sehinggalah pada malam perkahwinan mereka.

Pertama kali ‘bersama’, Melisa tidak pernah mengesyaki sebarang kekurangan pada diri Rizal. Begitu juga selepas beberapa kali melakukan perhubungan suami isteri. Akan tetapi setelah beberapa minggu melayari bahtera perkahwinan Melisa mula sedar akan ‘kekurangan’ suaminya itu. Rizal pula tidak pernah memberitahu masalah yang dihadapi kepada isterinya sebaliknya lebih rela memendamkannya sendiri. Dalam pada itu dia berusaha untuk melakukan yang terbaik ketika ‘bersama’ Melisa, namun begitu setiap kali mencuba, dia ternyata gagal.

Rizal juga sedar isterinya tidak mendapat kepuasan batin namun sepertinya Melisa memilih untuk mendiamkan diri. Puas berusaha Sebenarnya Rizal bukan tidak pernah berusaha menyelesaikan masalah kelelakiannya. Tanpa pengetahuan isterinya, setiap bulan Rizal akan berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Sudah banyak ubat yang diambil namun masih juga tidak berhasil. Selain itu dia juga mencuba perubatan tradisional tapi malangnya masalah itu tetap membelenggu dirinya. Dia memang tidak dapat memberikan yang terbaik ketika di ranjang bersama isteri.

Hampir setahun berumah tangga, Melisa tidak pernah merungut. Dia cuba menerima keadaan ini. Akan tetapi hati wanitanya mula terasa kekurangan bila usia perkahwinan masuk tahun kedua. Satu hari dia mengambil keputusan berani untuk berterus terang dan bertanya tentang masalah yang dihadapi suaminya. Awalnya Rizal mengelak untuk menjawab. Namun setelah didesak, barulah dia mengakui bahawa dirinya mengalami masalah seksual.

Rizal berterus terang bahawa tidak mampu memuaskan kehendak isterinya. Dia mati pucuk! Rizal juga mengaku bahawa dia sentiasa berusaha mengubah keadaan dirinya itu, tapi tidak berjaya. Penjelasan suami itu membuatkan Melisa berasa tertipu. Namun kerana sayangkan suami dia akhirnya sanggup membantu Rizal mengatasi masalah tersebut. Rizal cukup bersyukur dengan sokongan isterinya itu.


Penceraian jalan terbaik

Bermula daripada itu, Rizal dan Melisa sentiasa berusaha demi rumah tangga mereka. Namun puas berjumpa doktor, masalahnya masih jua gagal diselesaikan. Lebih dari itu dia berasa cukup kecewa kerana tidak mampu memberi zuriat seperti mana yang diinginkan oleh seorang isteri. Rizal tahu Melisa menderita dan dia tidak mahu wanita yang dicintainya itu berperasaan sedemikian buat selama-lamanya.

Dia tidak mahu Melisa mensia-siakan hidup bersama-samanya. Fikirnya penceraian adalah jalan terbaik. Dia mungkin tidak ditakdirkan untuk bersama Melisa hingga ke akhir hayat. Keputusan yang dibuat Rizal memang mengejutkan Melisa. Sungguhpun tidak bersetuju namun tiada apa yang dapat dilakukan lagi kerana Rizal telah melafazkan cerai kepadanya.

Walaupun mengakui masih mencintai Melisa, tapi bagi Rizal dia sanggup berkorban asalkan Melisa mempunyai zuriatnya sendiri. Kebahagiaan orang yang disayangi kata Rizal lebih penting daripada kebahagiaannya sendiri.

0 comments:

Artikel Terkini Setiap Hari

Masukkan Emel Anda Di Sini:

Delivered by FeedBurner

BloggerSunti

Semua artikel di dalam blog ini bukanlah hasil tulisan penulis tetapi merupakan petikan daripada beberapa sumber seperti akhbar, majalah, internet dan sebagainya. Untuk mendapatkan artikel terkini, anda bolehlah mengisi kotak emel dan anda juga dialu-alukan memberi komen atau pandangan berdasarkan artikel yang disiarkan. Terima kasih.

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP