Siti jumpa pakar sakit puan?

ADAKAH Siti Nurhaliza sedang mengandung? Tetapi kalau mengandung masakan dia mampu menari dengan begitu hebat sekali pada malam Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands malam minggu lalu.

Tetapi soalan mengenai sama ada Siti mengandung itu adalah pertanyaan daripada seorang pemanggil kepada Joyah pada pagi Isnin lepas.

Bukannya apa, kata si pemanggil yang hanya mahu menggelarkan dirinya Adik S, dia ternampak Siti menemui seorang pakar sakit puan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Siti ke hospital berkenaan pada hari Jumaat minggu lepas dan ketika itu, Adik S memberitahu, dia turut menemui pakar sakit puan yang sama ditemui Siti.

Tetapi katanya, Siti tidak datang bersama suaminya sebaliknya bersama seorang wanita lain yang mungkin saudara mara terdekatnya.

Malah hospital yang dipilih juga bukanlah hospital pakar popular di ibu negara sebaliknya sebuah pusat perubatan yang terletak di pinggir ibu kota.

Kalau Joyah bagi tahu nama hospital itu pun, mungkin tak ramai yang tahu tetapi lokasinya agak berhampiran dengan kediaman lama Siti sewaktu bujang dulu.

Tak tahulah sama ada memang dia mempunyai rekod perubatan di sana. Atau dia sengaja memilih untuk ke hospital pakar itu kerana tempatnya agak tersorok. Tak pastilah Joyah.

“Adakah Siti mengandung atau dia sekadar mendapatkan nasihat pakar sahaja?” tanya Adik S kepada Joyah. Joyah sukarlah membuat telahan kerana pada hemat Joyah yang menonton persembahannya pada malam ABP itu, Siti yang mendapat jolokan penyanyi nombor satu negara itu tidak pula kelihatan seperti orang yang sedang hamil.

Tetapi manalah tahukan, kot-kot Siti Nurhaliza memang sedang berbadan dua. Kita tunggulah apa kata empunya badan. Sebab semua orang pun tahu, dia memang teringin nak menimang cahaya mata.

Iyalah, usia perkahwinan pun nak masuk tiga tahun. Elok benarlah andai rumahtangga itu diserikan dengan kehadiran cahaya mata sendiri.

0 comments:

Artikel Terkini Setiap Hari

Masukkan Emel Anda Di Sini:

Delivered by FeedBurner

BloggerSunti

Semua artikel di dalam blog ini bukanlah hasil tulisan penulis tetapi merupakan petikan daripada beberapa sumber seperti akhbar, majalah, internet dan sebagainya. Untuk mendapatkan artikel terkini, anda bolehlah mengisi kotak emel dan anda juga dialu-alukan memberi komen atau pandangan berdasarkan artikel yang disiarkan. Terima kasih.

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP